Digital clock

Friday, 25 December 2015

Al-Fatihah Buat Temanku Sahabatku...Selamat Tinggal Lan

 
Dialah Teman Sahabat yang sering membuat aku ketawa. 

09 Disember 2015, 6 Petang: Panggilan yang aku terima tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata..kaku & hanya air mata menitis laju seperti hujan terus membasahi bumi...hanya Allah yang tahu apa rasaku. kehilangan seorang teman sahabat yang cukup sederhana sepanjang kami mengenali.  Rakan sekolahku Fadly calling berkali2 ketika itu, cuba menyampaikan berita bahawa Lan dah meninggal. aku bagai tidak percaya, sangat tidak percaya,....

Malam itu, aku bergegas ke rumah mayat..terdiam membisu..setibanya aku dirumah mayat, seperti arwah sedang menunggu diriku. menitis air mata tak tertanggung rasa. Melihat wajah sahabatku buat kali terakhir sebelum dimandikan sesuatu yang aku rasa cukup hiba....Tabahnya lan..Dari Memandikan, kafan & menunggu sampai ke KLIA. aku tabahkan diri untuk memastikan segalanya elok. Setiap gurauan kata-kata arwah aku lunaskan sepertimana mahunya... Mati itu pasti, Allah lebih menyanyangi & lebih tahu. 
 
Lan...aku memang tak menyangka Aildilfitri 2015 kali terakhir kita bersua, satu-satunya Sahabat yang menemani aku bila di kampung halaman, buat keja gila2, walk like divass,fly back for diana wedding, buat persiapan raya sesama, naik motosikal sesama, gie ziarah setiap rumah kawan lama walau pun xdijemput... gie market beli brg buat bekalan balik malaya, penuh motosikal..lucu.. photoshot kat kedai kopi,.... Katamu sebuah tanda yg aku tak nampak, gurauan gelak tawa kita sebuah hint yg aku xsedar.  
 
Lan, hari ini 111215. Mmg rancangan ko nak pulang sibo. Tp, hari ini ko pulang ke Tanah selamanya.. telah ku coba lunaskan segala kata dan kehendakmu. Telah ku uruskan jenazahmu seperti mahumu, telah ku pesan dan ingatkan segalanya kpda ibu dan kawanmu.
Lan, gurauan gelak tawamu. Akan terus segar dlm kenangan ku. Tabahnya dirimu lan, sampai hujung hayatmu. Xsanggup ko susahkan temanmu.
Ko tetap dalam doaku lan. Mulik seng mo lan.. Al-Fatihah Lan 
 
Gambar bukan sekadar gambar, Setiap gambar yang tertinggal adalah kenangan yang mungkin tak akan sama. Hargailah setiap gambar. masa itu tak akan sama, sebaliknya ia akan berlalu pergi.,.....
Dialah seorang sahabat seorang teman yang cukup sederhana....dulu arwah suka calling calling nyanyi nyanyi dalam hp. macam2 yang membuatkan kami ketawa. kadang-kadang kami saling mengingati satu sama lain tentang Dunia hari ini. terlalu banyak kenanganku bersama mu lan. aku akan merindui masakanmu, gurau senda suaramu, Allahhuakbar. terlalu indah perkenalan kita lan, Dari sekolah lagi. 
Hari ini 26 Disember 2015, Genap 18 hari arwah pergi. aku abadikan gambar ini disini agar akan terus ada dalam simpanan kenanganku..
Selamat Tinggal Lan, Bersemadilah dengan tenang...Dirimu Kenanganmu akan tetap abadi bersama, 
Al-Fatihah Lan.